Selasa, 2 Disember 2014

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DI MAJLIS PERKAHWINAN ASFARINA DAN SHAHRUL PADA 27 SEPT 2014 DI KEM PGA CHERAS

Pada 27 Sept 2014 kumpulan kesenian anjung tradisi telah diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan tarian dan muzik Ghazal di Majlis perkahwinan Asfarina dan Shahrul di Kem PGA Cheras.




Saya dihubungi oleh ayah pengantin perempuan seawal satu bulan sebelum tarikh perkahwinan. Perbincangan di pejabat beliau telah berlangsung yang mana saya telah membuat persembahan powerpoint untuk menunjukkan cadangan persembahan muzik dan tarian yang boleh kami lakukan pada majlis perkahwinan puteri beliau. Seminggu selepas itu bayaran deposit telah dilakukan bagi mengesahkan penglibatan kami di dalam majlis ini.


Kami telah diminta untuk mengadakan 3 tarian termasuk mengiringi pengantin ke pelamin serta 3 set  persembahan muzik ghazal. Saya juga telah mencadangkan supaya Jamilah Abu Bakar di jemput sebagai penyanyi undangan di dalam majlis ini di samping penyanyi tetap kami iaitu abang Norehan Saif.

Sound check dan spacing penari telah berlangsung pada jam 10.00 pagi dan seterusnya Kumpulan muzik ghazal mula membuat persembahan pada jam 12 tengahari. Kami telah dilayan dengan baik sekali oleh keluarga pengantin. Makanan disediakan di tempat khas untuk kami serta disediakan juga ruang rehat dan sembahyang. Alhamdulillah. Kami sangat menghargai layanan daripada keluarga pengantin ini.











Seetelah ketibaan pengantin, penari telah bersedia menunggu di hadapan dewan. Pengantin di bawa masuk terus ke tempat pelamin. Apabila pengantin duduk di atas pelamin, terus kami mengadakan persembahan tarian pembukaan dan terus bersedia di atas pentas seakan-akan pahlawan di raja. Selesai semua upcara rasmi, muzik ghazal berkumandang mengiringi acara merenjis. Selepas acara merenjis terus kumpulan ghazal mempersembahkan lagu instrumental mengiringi majlis jamuan tetamu.




Kumpulan ghazal berhenti seketika untuk menunuaikan solat zohor. Sebelum meneruskan persembahan pada jam 2.30 petang sehingga habis acara pada jam 4 petang.



Kami sempat bergambar bersama keluarga pengantin setelah selesai acara berlangsung. Secara kebetulan pula, warna baju pembantu saya Fatin sama dengan ayah kepada pengantin perempuan. Hehehehe....

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Ain
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi