Jumaat, 25 Julai 2014

SALAM HARI LEBARAN DAN MAAF ZAHIR BATIN

Di kesempatan ini, ahli  kumpulan kesenian Anjung Tradisi (Gamelan, Ghazal, Band 1Malaysia, Band Unplugged, Artis Tari kanak-Kanak, Artis Tari dan Kompang) ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali kami. Maaf Zahir Batin sekiranya ada kekurangan di pihak kami selama ini. Kami doakan semoga semua selamat dilindungi Allah di hari yang mulia ini. 

Ikhlas

Bahizal Abu Bakar
Pengurus
Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi

Ahad, 20 Julai 2014

PRATONTON PERSEMBAHAN MUZIK DAN TARIAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN FARAH DAN AMMAR PADA 31 OGOS 2014 DI HOTEL SHANGRILA

Pada jam 11 pagi tadi, kami mengadakan sesi pratonton kepada keluarga pengantin Farah dan Ammar untuk mereka mendengar terlebih dahulu lagu-lagu dan tarian yang kami akan persembahkan semasa majlis mereka nanti.

Pada Majlis itu nanti semua persembahan muzik adalah secara "live" termasuk untuk mengiringi tarian. Muzik yang akan dimainkan adalah dari ketibaan tetamu di lobi, gamelan akan memainkan muzik di lobi. Kemudian apabila pengantin tiba, pasukan kompang akan menyambut serta mengiringi pengantin hingga ke pintu dewan utama. Seterusnya apabila pengantin masuk ke dalam dewan dari pintu hingga pelamin, kami akan akan iringi dengan lagu (beserta nyanyian) Cinta Sesungguhnya.

Semasa pengantin dipelamin kami akan mengadakan persembahan pembukaan tarian Jong Jong inai yang mana muziknya adalah secara "live" oleh kumpulan muzik unplugged kami. Kemudian adalah muzik untuk acara merenjis. Selepas itu kami juga pradengarkan lagu khusus untuk acara "food presentation".

Seterusnya kami persembahkan lagu-lagu untuk acara makan malam iaitu lagu Joget Kelantan, Kaulah segalanya, Mencintaimu, Cinta hati, Selamat pengantin baru. Seterusnya kami persembahkan lagu khusus untuk acara memotong kek iaitu lagu bagaikan sakti.

Setelah selesai persembahan muzik. Kumpulan kami membuat pula pratonton tarian khas untuk Majlis ini iaitu Tarian pembukaan dan Tarian Medley dengan iringan muzik "live" oleh kumpulan ghazal kami.

Alhamdulillah akhirnya keluarga Farah berpuashati dengan perancangan dan pemilihan lagu yang telah kami cadangkan.

Berikut adalah salah satu video nyanyian Jamilah Abu Bakar dan saya sendiri dalam sesi pradengar ini. Kredit kepada ayah Jamilah (Pak bakar) yang rakam dan upload video ini dalam youtube. Terima Kasih. Video lain semasa sesi preview dan pradengar ini akan saya masukkan kemudian.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Jumaat, 18 Julai 2014

PERSEMBAHAN GHAZAL BULAN RAMADAN MAJLIS BERBUKA PUASA MHB DI KLCC

Alhamdulillah. Selesai persembahan Ghazal Anjung Tradisi di majlis berbuka puasa Malaysia Marine and Heavy Engineering Holding Berhad (MHB) sebentar tadi.

Persembahan yang berlangsung dari jam 6.30 petang, berhenti pada jam 7.00 mlm bagi menatikan detik berbuka puasa dan bersambung pada 8 malam sehingga tamat jam 10.00 malam. Memang kepenatan. tetapi itulah komitmen kumpulan kami membuat persembahan untuk apa jua acara dengan maksima selama 3 set dan setiap set adalah 45 minit.

Ada berbagai lagu yang kami telah persembahkan. Ada dari lagu hari raya.Almaklumlah hari raya hanya tinggal 10 hari sahaja lagi. Lagu-lagu berentak arab dan masri, Persembahan lagu tradisional hinggalah lagu lagu evergreen kesukaan ramai pada satu masa dahulu.

Cuma kali ini atas permintaan penganjur kami hanya boleh membuat persembahan instrumental dengan tujuan untuk menghormati waktu menunggu waktu berbuka serta menjadikan muzik yang dimainkan sebagai halwa telinga jemputansahaja. Ada benarnya sebab-sebab yang dikemukakan oleh penganjur. kami hormati permintaan penganjur.

Bagaimanapun setelah tetamu agak berkurangan pada jam 9.15 malam. Oleh sebab itu kami pun jamming dengan nyanyian lagu-lagu tradisional serta lagu hari raya. Pada waktu ini kelihatan urusetia agak menghayati persembahan kami dan memberikan tepukan gemuruh pada setiap selesai sesuatu lagu.

Bagaimanapun terima kasih puan Sharifah Khairin kerana cadangkan kumpulan kami untuk terlibat dalam acara ini. Layanan daripada pihak puan juga sangat baik terutama memberikan kami sebuah meja untuk ahli kumpulan kami berbuka puasa bersama jemputan puan. Terima kasih sekali lagi.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Jumaat, 11 Julai 2014

PERSEMBAHAN KESENIAN TRADISIONAL SEPERTI GHAZAL DAN TARIAN YANG SEMAKIN HILANG

Pengalaman berada di Bali baru baru ini semasa menghadiri persidangan kesenian tradisional antarabangsa memang membuka mata saya. Saya kerap membanding-bandingkan apa yang diamalkan di sana dengan kesenian tradisional negara kita. Buat yang pernah ke Bali pasti dapat melihat sendiri bagaimana seni ukir, Muzik, Drama Tari, Tarian di sana yang sangat aktif mengadakan persembahan dan sentiasa penuh dengan penonton. Dari pagi hinggalah ke malam hari. Malahan terdapat berpuluh-puluh tempat mengadakan persembahan kesenian tradisional di sana yang sentiasa ada persembahannya. Serta terbukti bahawa kesenian tradisional mereka yang aktif itu memberikan pulangan dari segi ekonomi kepada penduduk setempat melalui pelancongan. Keindahan pulau Bali itu satu hal juga tetapi aktiviti kesenian ini juga menjadi punca kehadiran pelancong ke sana.

Bagaimana pula di negara kita Malaysia. Kita ada tarian Melayu yang terlalu banyak untuk disebut. Selain dari zapin, joget dan inang yang popular dan tarian dari Borneo Sabah dan Sarawak. Kita juga kaya dengan muzik tradisional dari ghazal, gamelan Melayu, caklempong serta muzik etnik dari Borneo. Memang tak terulis banyaknya. Kita juga ada Drama Tari yang banyak seperti Makyong yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Menora, Randai di Negeri Sembilan dan lain lain lagi. Tak termasuk wayang kulit yang ada beberapa jenis dan antaranya sudah pupus kerana tiada pewarisnya lagi.

Cuba kita lihat persembahan tradisional di negara kita. Boleh dikatakan lesu dan tidak bermaya. Sewaktu negara lain bangga dengan kesenian tradisional mereka. Di persembahkan di merata-rata tempat dalam negara mereka. Di negara kita kesenian tarian dan muzik tradisional semakin hari semakin hilang tanpa pewaris lagi. Agak sukar memperoleh kumpulan muzik dan penari tradisional yang benar benar profesional dan mampu mengadakan persembahan tradisional dengan kualiti yang tinggi.

Atas sebab ini juga kumpulan kesenian Anjung Tradisi ini kami tubuhkan. Pertamanya kami ingin menyemarakkan kesenian tradisional Melayu. Seterusnya membentuk pelapis yang dapat meneruskan kesinambungan kesenian tradisional kita. Walaupun buat waktu ini persembahan kami masih terhad iaitu persembahan tarian tradisional dan muzik tradisional seperti Gamelan dan muzik Ghazal. Kami berhasrat ingin menjadikan profesion kesenian tradisional ini menjadi satu kerjaya profesional dan boleh menjadi sumber ekonomi seperti apa yang telah dicapai oleh Pulau Bali. Alhamdulillah setakat ini, pelanggan yang pernah menggunakan khidmat kami tidak pernah kecewa dengan persembahan kami.

Ahli kumpulan kami merupakan penggiat seni tradisional profesional sepenuh masa. Ada yang tidak terikat dengan mana-mana kumpulan atau organisasi. Ada juga yang masih bekerja di Institusi diiktiraf di dalam bidang kesenian dan kebudayaan seperti di Istana Budaya, DBKL, Menara KL dan juga bekas ahli PPAG di Petronas. Ada antara ahli kumpulan kami juga merupakan graduan muzik dan tari dari ASWARA dan Uitm.

Melalui kumpulan Anjung Tradisi, karyawan ini kami kumpulkan serta beri harapan supaya kesenian tradisional negara kita masih ada ruang untuk dikembangkan. Dengan harapan satu hari nanti, persembahan kesenian tradisional akan sentiasa menjadi pilihan dalam apa juga acara antarabangsa di Malaysia serta di restoran-restoran yang mempunyai ruang persembahan serta berada di mana-mana lokasi tumpuan pelancong.

Kumpulan Anjung Tradisi akan berusaha untuk menjadi penggiat yang menjayakan hasrat tersebut.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Rabu, 2 Julai 2014

PERSEMBAHAN KESENIAN UNTUK RUMAH TERBUKA HARI RAYA

Alhamdulillah, seperti biasa kumpulan kesenian Anjung Tradisi akan dihubungi seterusnya ditempah untuk persediaan syarikat dan Jabatan Kerajaan yang menganjurkan rumah terbuka hari raya. Buat waktu ini semakin banyak tarikh sewaktu bulan sambutan hari raya telah ditempah.

Kumpulan kami ingin mengucapkan setinggi perhargaan kepada semua syarikat dan jabatan kerajaan yang telah memberi pengesahan penglibatan kumpulan kami dalam acara yang dianjurkan. Kepercayaan yang telah diberikan akan kami balas dengan membuat persembahan yang bersungguh-sungguh dan penuh komitmen.

Sehingga ke hari ini, yang paling popular ditempah untuk rumah terbuka hari raya adalah kumpulan Ghazal dan Tarian tradisional. Mungkin harga yang kami tawarkan dianggap berpatutan. Syukur. Bagaimanapun kumpulan Anjung Tradisi masih ada kumpulan muzik lain yang mungkin bersesuaian dengan acara bersifat antarabangsa. Yang mana sekiranya tetamu yang dijemput adalah terdiri daripada pelanggan dari seluruh dunia. Lebih baik menggunakan kumpulan muzik 1Malaysia Anjung Tradisi.

Kumpulan Muzik 1Malaysia Anjung Tradisi terdiri daripada pemuzik dan alatan muzik bebilang kaum di Malaysia. Daripada gambus (Melayu), erhu, Yanqin (Cina), Sitar (India) dan Sape (Borneo) serta alatan moden lain yang menjadikan kumpulan muzik ini amat unik serta menggambarkan masyarakat Malaysia. Kumpulan ini merupakan satu-satunya kumpulan muzik berbentuk sebegini di negara kita. Pemuzik yang terlibat pula adalah pemuzik profesional sepenuh masa dan antara yang terbaik di negara kita yang mana mereka semua berkemampuan membaca notasi muzik dengan baik serta mampu mempersembahkan artistik muzik dengan nilai yang tinggi.

Lagu-lagu yang boleh dimainkan juga berbagai. Dari lagu tradisional Melayu Cina India dan Borneo kepada lagu-lagu standard antarabangsa.