Sabtu, 14 Jun 2014

Berada di Bali 13-17 2014

Sedang berada di Bali.. menambah ilmu demi kesenian tradisional Malaysia..

Jumaat, 13 Jun 2014

MAKLUMAN PENTING UNTUK PENGUNJUNG BLOG INI DARI 13 HINGGA 17 JUN 2014

MAKLUMAN

Saya akan berada di Bali Indonesia dari 13 hingga 17 Jun bagi menghadiri persidangan seni tradisional antarabangsa di sana. Boleh whatsapp atau emel saya pada tarikh tersebut sekiranya ingin menghubungi saya.

Terima Kasih.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462/0163230449
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi
facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Khamis, 12 Jun 2014

Persembahan Kesenian Tarian dan Muzik Tradisional di Restoran dan Tempat tumpuan Pelancong

Saya jarang melihat persembahan kesenian tradisional diadakan di Restoran terkemuka. Ada sebelum ini semasa Restoran Nelayan di Titiwangsa beroperasi. Pada waktu itu, saya lihat Restoran nelayan bukan sahaja amat ramai pengunjung tempatan malahan juga pengunjung luar negara yang berpusu-pusu datang ke Restoran Nelayan untuk menjamu selera dan pada masa yang sama menonton persembahan kebudayaan di situ.

Dari pengalaman tersebut, saya berpandangan bahawa dengan mengadakan ruang persembahan kebudayaan di suatu tempat seperti restoran. Akan dapat membantu menaikkan imej restoran bukan sahaja untuk menjadi pusat menjamu selera malahan juga akan menjadi pusat tarikan pelancong. Dengan adanya persembahan seperti ini pula tidak secara langsung akan membantu mempromosi negara Malaysia di mata dunia.

Satu lagi kelebihannya adalah bila ejen-ejen pelancongan akan menjadikan restoran tersebut sebagai lokasi wajib kepada pelancong yang tiba ke negara kita bukan sahaja untuk menikmati makanan tempatan tetapi pada masa yang sama menikmati keindahan seni persembahan pentas Malaysia yang unik dari segi tariannya, muziknya dan juga kostum yang berwarna warni serta berbilang bangsa. Tak perlulah lagi pelancong ini berada di dua tempat yang berlainan untuk makan masakan Malaysia dan kemudian menonton persembahan kesenian Malaysia

Dari idea tersebut kumpulan Kesenian Anjung Tradisi telah merangka pakej-pakej persembahan khusus untuk persembahan sama ada di restoran atau di lokasi lokasi perniagaan yang mempunyai ruang untuk mengadakan persembahan. Pakej ini termasuk tarian tradisional berbilang kaum dan muzik tradisional. Anggaran masa untuk keseluruhan persembahan adalah dalam 90 minit.  Pamplet maklumat untuk pakej pakej ini adalah seperti di bawah,

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Selasa, 3 Jun 2014

Persembahan Tarian untuk showcase Terengganu Kita di Medan Mara Kuala Lumpur.

Pada tarikh 26 Mei 2014 juga pada waktu tengahari pula, kumpulan anjung tradisi dijemput untuk mengadakan persembahan tarian rakyat Terengganu di Medan Mara Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah ini merupakan persembahan yang ketiga berturut-turut yang kami dijemput dari semalam. Iaitu tarian untuk perkahwinan pada 25 Mei, Perasmian Jaya Shopping Centre dengan paluan 1Malaysia dan tarian Showcase Terengganu kita.

Cuma pada acara ini kami diminta menari pada pentas dan ruang yang sangat kecil... jadi kami cuma sedaya upaya untuk menggunakan apa yang ada sebaik mungkin.

Berikut merupakan video tarian yang kami lakukan.

Tarian selamat datang

Tarian Embun soksek dan Pong pong Along