Jumaat, 30 Mei 2014

Persembahan semasa Perasmian Jaya Shopping Centre di Petaling Jaya

Pada 26 mei baru baru ini, kumpulan Kesenian Anjung Tradisi dijemput untuk mengadakan persembahan pada satu majlis perasmian sebuah pusat membeli belah yang telah diubahsuai semula. Pusat ini dulunya bernama jaya Supermarket. Selepas beberapa insiden yang malang, bangunan ini dibina semula dan diberikan wajah baru yang lebih moden.

Pada mulanya penganjur meminta kumpulan kami mengadakan persembahan yang berciri satu Malaysia. Setelah memberi pandangan bahawa kami mempunyai band kumpulan muzik 1Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan alat muzik, penganjur tidak bersetuju dan meminta kami sediakan kumpulan percussion seramai 10 orang. Bagaimanapun kami diminta untuk membuat persembahan dalam beberapa acara yang telah ditetapkan.

Acara yang melibatkan kumpulan kami adalah seperti berikut.

1. Semasa sambutan ketibaan VIP iaitu Datuk bandar PJ.

2. Semasa menanti ketibaan para jemputan ke tempat duduk. Pada masa Datuk bandar melawat keseluruhan tempat ini.

3. Menjadi pemuzik iringan semasa acara berlangsung contohnya masa VIP berjalan ke pentas untuk memberi ucapan.

4. Muzik semasa pelancaran dan perasmian.

Berikut antara rakaman kumpulan paluan 1Malaysia semasa di dalam acara ini.

Pelancaran Secara Rasmi

Syukur, semuanya berjalan lancar.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Selasa, 13 Mei 2014

Persembahan kesenian Malaysia (muzik Ghazal, group tradisional, Tarian Zapin, Muzik 1Malaysia) sempena Ramadan/Bulan Puasa)

Bulan beribadat puasa bagi seorang Islam telah hampir tiba. Seperti biasa pusat membeli belah (Mall dan shopping complex), restoran dan hotel di seluruh negara akan mula bersiap sedia untuk menerima tempahan waktu berbuka puasa. Sudah pasti pengendali restoran dan hotel juga sudah mula memikirkan untuk mencari kumpulan kesenian tradisional yang sesuai bagi digunakan dalam waktu berbuka puasa dari jam 6 hingga jam 7.30 malam pada waktu persediaan berbuka puasa.

Kebiasaannya sudah pasti kumpulan muzik tradisional akan digunakan terutama kumpulan muzik ghazal yang lagu-lagunya pasti berbunyi seakan di negara arab. Alat muzik yang digunakan seperti gambus akan menjadikan muzik yang dimainkan oleh kumpulan ghazal saling tak tumpah seperti muzik di negeri arab. Ini akan membantu pengunjung merasa selesa dan dapat menggambarkan suasana berbuka puasa di negara arab. Tetapi muzik Ghazal masih mengekalkan  dan menggambarkan keunikan negara kita Malaysia.

Ada juga syarikat yang inginkan kelainan semasa waktu menunggu saat berbuka puasa. Dengan konsep muzik tradisional 1Malaysia para tetamu akan dapat lihat keistimewaan muzik negara Malaysia yang berbilang kaum tetapi tetap harmoni di dalam satu bentuk muzik yang unik. Alat muzik tradisional yang digunakan oleh  kumpulan muzik 1Malaysia Anjung Tradisi adalah Gambus, Akordian, Sitar, Yanqin, bass dan Perkusi akan menjadikan muzik ini amat sesuai untuk majlis berbuka puasa eksklusif yang dihadiri oleh tetamu antarabangsa.

Kompleks membeli belah juga tidak kurang meriahnya apabila mula menawarkan jualan murah di berbagai lokasi seluruh negara. Pada waktu bulan puasa ini juga orang ramai dari kalangan umat islam mahu pun yang bukan Islam akan menyerbu semua pusat membeli belah untuk mendapatkan barangan dengan harga diskaun bagi membuat persediaan pada hari raya. Pada waktu inilah pusat mebeli belah akan mula mendendangkan lagu lagu hari raya setiap masa untuk menghiburkan pelanggan. Sekiranya pusat membeli belah ini mahukan kelainan kebiasaannya mereka akan menyediakan ruang khusus bagi persembahan kebudayaan di lokasi strategik bagi menarik perhatian pengunjung.

Persembahan yang biasa digunakan bagi waktu ini adalah persembahan tarian tradisional seperti zapin yang menggunakan muzik hari raya atau pun kumpulan muzik tradisional ghazal  atau kumpulan muzik 1Malaysia. Pada pandangan saya ada eloknya juga pusat membeli belah menggunakan kumpulan muzik 1Malaysia kerana sudah semestinya pengunjung yang datang adalah dari berbilang kaum dan antarabangsa tambahan lagi pula kita sedang meraikan tahun melawat malaysia 2014.

Berikut adalah contoh video persembahan kami sebelum ini...

Kumpulan Ghazal Anjung Tradisi.

Kumpulan Muzik 1Malaysia

Kumpulan Tarian Tradisional Anjung Tradisi

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Jumaat, 9 Mei 2014

Persembahan Muzik dan Tarian Semasa Aturcara Majlis Perkahwinan secara eksklusif

Kebiasaannya tuan rumah atau penganjur majlis perkahwinan melayu akan menggunakan persembahan kesenian tradisional Melayu dalam acara yang berlangsung. Persembahan yang selalu diminta kepada kumpulan kami untuk dipersembahkan adalah seperti Muzik Ghazal, Muzik Gamelan, Kompang dan Tarian tradisional.

Ada juga yang meminta kami sediakan kumpulan muzik tradisional 1Malaysia yang mana di dalam persembahan ini kami akan menggunakan alatan muzik tradisional dari berbagai kaum di Malaysia seperti Gambus (Melayu), Yan Qin atau Er hu (Cina), Sitar (India) dan Sape (Sarawak) bersama alatan muzik moden seperti gitar, keyboard, bass dan percussion. Persembahan kumpulan muzik 1Malaysia ini dipilih kebiasaannya adalah kerana tetamu yang dijemput adalah dari kalangan warga antarabangsa dan tuan rumah mahukan satu persembahan muzik yang unik serta melambangkan negara Malaysia. Ahli Kumpulan kami Anjung Tradisi memang tidak mempunyai masalah untuk mengadakan persembahan seperti ini kerana pemuzik yang bersama kami adalah dari kalangan pemuzik tradisional pakar dari institusi diiktiraf seperti Istana Budaya, Aswara, JKKN dan lain lain lagi.

Selain daripada majlis perkahwinan kumpulan kami juga pernah mengadakan persembahan dalam banyak acara yang dianjurkan oleh syarikat multinasional seperti Sapura Kenchana serta Petronas termasuk acara rumah terbuka hari raya.

Kumpulan tarian kami juga sudah biasa mengadakan persembahan tarian secara repertoire panjang selama 20-30 minit yang mana di dalam persembahan ini kami akan paparkan tarian-tarian yang menggambarkan keunikan negara Malaysia melalui tarian tradisional Melayu, Cina , India dan Borneo. Bergantung kepada kesesuaian acara dan permintaan penganjur.

Untuk majlis perkahwinan eksklusif, kebiasaannya aturcara majlis adalah seperti berikut:

7.30-8.30 malam - Kehadiran tetamu
                           *Waktu ini tetamu akan diperdengarkan dengan alunan muzik gamelan secara live di lobi.
                           *Pemuzik band@1Malaysia@Ghazal akan memainkan muzik iringan dalam dewan

 8.30 malam         - Ketibaan pengantin
                           *Pengantin akan disambut dengan paluan kompang dari lobi hingga ke pintu dewan

Kumpulan Kompang Anjung Tradisi          
             -

Pengantin berarak masuk ke dalam dewan hingga ke pelamin
        *Diiringi dengan selawat

 8.40 malam         - Pengantin bersanding atas pelamin
                           *Bacaan doa

8.45 malam         - Majlis merenjis ahli keluarga pengantin
                           *Diiringi dengan muzik merenjis oleh kumpulan muzik/cd

8.55 malam         - Ucapan ayah/bonda pengantin

                           - Persembahan video perkahwinan pengantin

9.00 malam         - Majlis makan malam
                             * Persembahan dimulakan dengan Tarian Tradisional pembukaan
                             * Diteruskan dengan muzik tradisional Melayu (Ghazal) atau kumpulan 1Malaysia.

 10.00 malam       -  Persembahan utama tarian (2 tarian)

10.10 malam       - Persembahan muzik bersambung

11.00 malam       - Majlis Bersurai

Sekian.