Selasa, 2 September 2014

PERSEMBAHAN KESENIAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN FARAH DAN AMMAR DI SHANGRILA KL PADA 31 OGOS 2014

Semalam pada 31 Ogos 2014 (Ahad) telah berlangsungnya majlis perkahwinan Farah dan Ammar di Hotel Shangrila Kuala Lumpur. Perancangan bagi majlis ini sudah dilakukan sejak Feb 2014 lagi. Pengurus bagi majlis perkahwinan ini adalah pengantin perempuan sendiri.



Latar belakang penglibatan kumpulan kesenian Anjung Tradisi dalam majlis ini. Pertama kali saya berjumpa keluarga ini di Citta Mall. Pada pertemuan pertama kali ini saya membuat pratonton persembahan kesenian kumpulan kami sebelum ini. Dari muzik gamelan dilobi. Sambutan pengantin menggunakan  kompang, Muzik untuk acara merenjis. Tarian pembukaan dan muzik akustik semasa acara makan malam berlangsung.

Daripada pratonton tersebut keluarga En Wan Burhanudin ini bersetuju untuk kumpulan saya terlibat dalam Majlis perkahwinan ini. Selepas itu  pengantin perempuan (Farah) telah menghubungi saya untuk memberi deposit sebagai pengesahan.

Dalam bulan April 2014 Farah menghubungi saya untuk perbincangan lanjut di rumah mereka di Subang. Pada pertemuan itu, sekali lagi saya memberi cadangan lagu-lagu yang boleh dipersembahkan semasa majlis perkahwinan Farah nanti. saya juga memberi cadangan supaya semua muzik yang dimainkan nanti adalah secara "live" sahaja termasuk semasa persembahan tarian. Serta menggunakan muzik ghazal dan unplugged. Yang mana kumpulan muzik saya berkebolehan untuk bermain dalam 2 jenis genre muzik ini dan pemuzik dalam kumpulan saya ini boleh bermain 2-3 alat muzik dengan baik sekali termasuk mahir membaca notasi muzik. Manakala penyanyi pula saya telah mencadangka supaya menggunakan khidmat Jamilah Abu Bakar.

Bagaimanapun saya telah memberi cadangan supaya satu persembahan powerpoint perlu dilakukan sekali lagi bagi membuat pradengar senarai lagu akhir yang dipilih. Daripada muzik iringan semasa pengantin berarak masuk, muzik  semasa merenjis, muzik semasa "food presentation hotel", muzik dan tarian semasa persembahan utama, muzik iringan semasa pengantin dan VIP bergerak ke pelamin dan ke meja makan utama, senarai muzik semasa majlis makan malam dan muzik semasa cara memotong kek.

Seminggu selepas itu saya ke rumah bakal pengantin sekali lagi untuk membentangkan powerpoint yang mempunyai senarai lagu dan video di dalamnya. Hasil daripada pertemuan itu, Farah telah membuat pilihan beberapa lagu lagi yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinannya iaitu tradisional Melayu. Yang mana akhirnya telah bersetuju dengan beberapa perkara seperti jenis muzik dan kostum penari serta penyanyi. Semasa pertemuan ini juga kami menetapkan tarikh untuk sesi pratonton muzik dan tarian untuk majlis perkahwinan Farah dan Ammar ini iaitu seminggu sebelum hari raya di Istana Budaya.

Sesi pratonton ini juga telah berlangsung dengan baik yang mana cadangan lagu dan persembahan tarian telah dipersetujui oleh keluarga Farah.

Semalam Kumpulan Anjung Tradisi telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan:

1. Kumpulan Kompang (Sambutan Pengantin)
2. Kumpulan Gamelan (di Lobi Grand Ballroom)
3. Kumpulan Tarian (Persembahan pembukaan dan persembahan utama)
4. Kumpulan Muzik Ghazal dan kumpulan Akustik (pemuzik yang sama)
5. Penyanyi jemputan (Jamilah Abu Bakar)
6. Sistem Audio (Teknikal)

Semasa sesi latihan di hotel shangrila,









Oleh kerana masa yang diberikan agak suntuk. Banyak juga masalah yang berlaku. Pada asalnya sesi bump in barangan teknikal seharusnya pada jam 8.00 pagi. Disebabkan kerenah birokrasi keselamatan hotel, barangan hanya boleh dibawa masuk pada jam 9 pagi dan seluruh jadual telah menganjak menjadi lebih lewat. Yang sepatutnya latihan penuh pada jam 1 tgh telah menganjak ke 2 petang.

Bagaimanapun semuanya dapat diselesaikan pada jam 4 petang yang mana kami berehat serta mula membuat persediaan. Bagaimanapun semua persembahan dapat dilakukan pada masa yang ditetapkan serta mengikut atur cara yang telah di atur oleh perancang majlis perkahwinan iaitu Kayangan Gallery. Pasukan pengurusan acara Kayangan Gallery memang cekap melaksanakan acara ini. Ahli kumpulan saya semuanya berasa selesa dengan perlaksanaan acara. Cue yang diberikan jelas dan memudahkan kumpulan saya melaksanakan tugas kami.



Saya juga menyanyi bersama Jamilah dalam majlis ini. Dengan dibantu oleh seorang penyanyi muda seorang  pelajar ASWARA iaitu Zhafri. Saya menyanyikan 2 lagu duet bersama Jamilah iaitu Mulanya disini sewaktu makan dan Bagaikan Sakti sewaktu acara memotong kek. Saya juga dibantu secara pengurusan oleh 2 pembantu sukarela daripada pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya ASWARA iaitu Fatin dan Nursyuhada. Banyak pegngalaman yang dapat mereka kutip daripada majlis ini.



Jamilah dan Zhafri menyanyi dengan baik sekali. Keduanya masih menuntut di ASWARA dalam bidang muzik. Cuma Jamilah sudah lebih established dalam dunia seni yang mana beliau sudah beberapa kali dijemput menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), MPYO, serta menyanyi bersama orkestra diNegeri Sembilan. Jamilah juga pernah mengadakan konsert solonya pada 28 dis 2013 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad serta Tun Siti Hasmah yang juga peminat utama kepada Jamilah. Terima Kasih Jamilah kerana sudi menyanyi bersama kumpulan Anjung Tradisi. Jika ada yang berminat mahu melihat nyanyian Jamilah, boleh layari channel youtube ini http://www.youtube.com/user/abubakarismail















Pada persembahan lagu cinta sesungguhnya nyanyian Jamilah semasa pengantin berarak masuk, tetamu memberikan tepukan gemuruh. Begitu juga seterusnya semasa persembahan pembukaan lagu Jong Jong Inai tarian dengan muzik "live". Tetamu sekali lagi memberikan tepukan. Saya akan letakkan video semua persembahan kami semasa majlis ini di laman blog ini apabila Pak Abu Bakar selesai membuat editing nanti.

Persembahan semasa majlis perkahwinan farah dan ammar ini merupakan antara persembahan terbaik kami yang pernah dilakukan. Semua muzik dimainkan secara "live" sahaja termasuk semasa persembahan tarian dan acara telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada Kayangan Gallery yang melaksana acara ini dengan cekap sekali.

Acara berakhir pada jam 10.45 malam.

Tahniah kepada pengantin Farah dan Ammar semoga berbahagia ke anak cucu.

Tahniah En Wan Burhannudin dan Puan Dalila merana pertama kali menerima menantu.

Tahniah kepada seluruh pasukan Kayangan Gallery kerana telah menganjurkan majlis dengan jayanya.

Tahniah kepada seluruh pasukan saya kerana telah menunjukkan komitmen yang baik dengan menepati masa yang telah ditetapkan setrta tetap bersabar dengan kerenah pihak keselamatan hotel hingga menyebabkan kita semua terlewat perlaksanaan perancangan.

Mohon Maaf sekiranya ada kekurangan.

Sekiranya ada pembaca yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami. Boleh hubungi saya Bahizal Abu Bakar (0132674462) atau emel: AnjungTradisi@gmail.com. Youtube Channel di www.youtube.com/user/annjungTradisi untuk mendapatkan sebutharga pakej khas persembahan seperti mana yang saya lakukan semalam dalam majlis perkahwinan Farah dan Ammar ini iaitu:

1. Kumpulan Kompang (Sambutan Pengantin)
2. Kumpulan Gamelan (di Lobi Grand Ballroom)
3. Kumpulan Tarian (Persembahan pembukaan dan persembahan utama)
4. Kumpulan Muzik Ghazal dan kumpulan Akustik (pemuzik yang sama)
5. Penyanyi jemputan (Jamilah Abu Bakar)
6. Sistem Audio (Teknikal)

** Semua Muzik adalah secara "live"
** Termasuk satu sesi preview/pratonton muzik dan tarian
** Presentation powerpoint akan dilakukan untuk memilih lagu yang bersesuaian dengan konsep majlis perkahwinan.


Kumpulan kompang Anjung Tradisi semasa majlis ini.





Kumpulan Gamelan Anjung Tradisi





Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

1 ulasan: