Rabu, 17 September 2014

PERBEZAAN BERBAGAI KUMPULAN MUZIK DALAM ANJUNG TRADISI Siri 2 (Samb)

(Sambungan)

Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia


Seterusnya saya akan menerangkan mengenai Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia pula. Seperti juga kumpulan muzik ghazal sebelum ini, Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia juga saya akan jelaskan seperti berikut.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik

Bersesuaian dengan "Multiracial" yang saya sebutkan, alat muzik yang kami gunakan juga adalah dari latar belakang etnik berbilang bangsa Malaysia. Alat Muzik Tradisional seperti Gambus, Akordian dan seruling (Melayu), Erhu dan Yanqin (Cina), Sitar dan Tabla (India), Sape (Sarawak), dikumpulkan bersama alat muzik moden seperti gitar akustik, Keyboard, Bass dan set percussion moden dan tradisional. Secara visualnya kita akan dapat lihat sebuah "mini orkestra tradisional" yang melambangkan keunikan struktur masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Stail muzik yang dimainkan juga menjadi sedikit berbeza. Yang mana setiap alat muzik daripada etnik berbeza ini akan memainkan muzik dalam gaya lenggok masing masing. Dihimpunkan dan dimainkan dalam melodi dan muzik latar yang menjadi satu. Keperbezaan ini juga akhirnya disusun supaya muzik yang didengar menjadi harmoni dan menyokong antara satu sama lain. Pada mulanya ada juga pelanggan yang merasa was-was tentang keunikan kumpulan kami ini. Terutamanya apabila diberitahu berkenaan alat muzik tradisional kemudiannya dari etnik berbeza. Persoalan yang selalu ditanya kepada saya adalah bolehkah muziknya menjadi baik?. Tetapi setelah melihat video persembahan kami sebelum ini, pelanggan terus sahaja bersetuju.

Kumpulan muzik ini boleh dan sesuai memainkan apa sahaja jenis lagu tempatan, antarabangsa, tradisional dan moden. Mungkin ada pembaca bertanya sama ada mampukah ahli muzik tradisional memainkan semua jenis lagu tersebut. Jawapannya memang boleh. Ini adalah kerana ahli muzik di dalam kumpulan muzik 1Malaysia kami ini adalah yang terlatih serta pakar dalam alatan muzik yang mereka mainkan. semuanya mampu membaca notasi muzik dengan cekap. Mereka juga merupakan antara pemuzik utama dalam alatan muzik mereka di Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca juga, semua lagu yang dimainkan di dalam kumpulan muzik 1Malaysia ini ditulis notasi muziknya. Ada juga dibuat gubahan muzik baru yang khusus untuk kumpulan muzik Multiracial ini. Oleh itu minta sahaja lagu apa untuk dimainkan dalam acara yang dianjurkan. Kami boleh mainkan lagu tersebut asalkan ada MP3nya. Kami akan buat gubahannya dan berlatih khusus untuk acara tersebut sekiranya ada permintaan lagu baru. Cuma ingin memberitahu bahawa untuk setiap gubahan notasi muzik lagu baru, kami terpaksa kenakan bayaran tambahan kerana penggubah muzik yang kami gunakan khidmatnya juga perlu dibayar perkhidmatannya. Kebiasaannya untuk menulis satu lagu baru memerlukan masa 2-3 hari untuk disiapkan.

Sejak kumpulan muzik multiracial ini ditubuhkan, kebiasaannya kami diundang untuk mengadakan persembahan di acara yang melibatkan jemputan antarabangsa. Seperti Majlis rumah terbuka hari raya syarikat Multinasional (Sapura Kencana dan Petronas Dagangan) untuk tahun 2013 dan 2014 serta Majlis makan malam peserta persidangan antarabangsa (World Halal Conference 2014). Untuk pengetahuan semua juga, oleh kerana menggunakan khidmat pemuzik pakar, latihan yang panjang untuk sesuatu acara, gubahan muzik, harga bayaran untuk persembahan kumpulan muzik 1Malaysia ini adalah yang termahal berbanding kumpulan muzik lain dalam kumpulan kami.

Untuk mendapat gambaran jelas mengenai kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia ini, saya sertakan video persembahan kami sebelum ini seperti di bawah.




Posting mengenai perbezaan kumpulan muzik di dalam Anjung Tradisi akan bersambung pada posting seterusnya...

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Ain
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan