Sabtu, 13 September 2014

PERBEZAAN BERBAGAI KUMPULAN MUZIK DALAM ANJUNG TRADISI

Ramai juga yang bertanya kepada saya tentang apakah perbezaan kumpulan muzik yang ada dalam Anjung Tradisi ini. Serta kesesuaian kumpulan muzik yang ingin digunakan dalam acara atau majlis yang ingin dianjurkan.

Posting kali ini saya tulis bertujuan untuk menjawab persoalan ini. Terlebih dahulu saya akan senaraikan kumpulan muzik yang ada serta ditawarkan dalam kumpulan kesenian Anjung Tradisi.

1. Kumpulan Muzik Ghazal/Asli
2. Kumpulan Muzik 1Malaysia
3. Kumpulan Muzik Unplugged/Akustik
4. Kumpulan Muzik Band
5. Kumpulan Muzik Gamelan

Perbezaan kumpulan muzik ini boleh dilihat dengan beberapa faktor.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik.

Saya akan menghuraikan perbezaan kumpulan muzik ini dalam beberapa siri posting. Untuk posting blog kali ini saya akan menjelaskan tentang Kumpulan muzik Ghazal/Asli terlebih dahulu.

Kumpulan Muzik Ghazal/Asli

Bagi kumpulan kami, kumpulan muzik ghazal/asli akan menggunakan  alatan muzik yang sama iaitu Gambus, Akordian/harmonium, violin, flute, Bass dan perkusi Melayu/tabla/toys. Yang membezakan kedua genre muzik ini adalah cara muzik dimainkan. Gaya lenggok nyanyian lagu melayu asli dan ghazal juga ada bezanya. Kebiasaannya pemuzik kedua genre ini adalah sama dan boleh memainkan muzik ini dalam acara yang sama. Penyanyi kumpulan kami iaitu abg Norehan dan Roger mahir menyanyikan stail lagu-lagu asli dan ghazal. Begitu juga penyanyi undangan tetap kami iaitu Jamilah Abu Bakar. Senarai lagu bagi kedua genre muzik asli dan ghazal ini berbeza. Namun ada juga lagu rentak asli yang biasa dimainkan juga dalam rentak Ghazal. Bagi mendapat gambaran jelas tentang muzik genre ini, saya sertakan video contoh nyanyian penyanyi Anjung Tradisi dan muziknya di bawah.

Ghazal Seri Mersing (Norehan Saif)



Ghazal Nasib Panjang dan Empat Dara (Norehan Saif)



Ghazal Penawar Rindu (Jamilah Abu Bakar)




Muzik Asli - Yaladan (Instrumental) - Rentak Zapin



Muzik Asli - Joget Tari Lenggang (Norehan Saif) - Rentak Joget




Antara Senarai lagu muzik Ghazal/Asli
  • Seri Mersing
  • Kuala Mersing
  • Penawar Rindu
  • Sayang Musalmah
  • Embun Menitik
  • Empat Dara
  • Pasir Roboh
  • Musalmah Manis 
  • Patah Hati
  • Jalak Lenteng
  • Timang Banjar
  • Seri Mahligai
  • Seri Siantan
  • Seri Banang
  • Damak
Terdapat banyak lagi lagu-lagu Ghazal/Asli yang popular dimainkan oleh kumpulan muzik Ghazal di Malaysia. Saya cuma menyenaraikan beberapa lagu yang dikenali ramai. Bagaimanapun rentak ghazal/asli ini juga boleh digunakan di dalam memainkan melodi lagu-lagu popular semasa dan juga lagu lagu antarabangsa dalam berbagai bahasa. Contoh lagu selain daripada tradisional Malaysia yang pernah kami mainkan.





Bagi kumpulan muzik ghazal/asli ini, kebiasaannya kami diminta untuk mengadakan persembahan di Majlis perkahwinan eksklusif di Hotel, Majlis pernikahan di rumah, Majlis terbuka hari raya, Majlis berbuka puasa, persembahan khas di restoran dan Majlis makan malam persidangan antarabangsa. Pada pandangan saya kumpulan muzik ghazal ini akan menggambarkan seni tradisional orang melayu serta sesuai dalam semua jenis acara yang ingin dianjurkan sama ada tempatan dan antarabangsa.

Latarbelakang Ghazal dan Kumpulan Anjung Tradisi serta lagu Yaladan.


Penjelasan mengenai kumpulan muzik seterusnya akan saya publishkan pada posting selepas ini...

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Eksklusif, Rumah terbuka Hari Raya, Majlis Berbuka Puasa serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

KLIK DISINI UNTUK TEMPAH KAMI SEKARANG!!!

BLOG INI TELAH BERPINDAH KE WWW.ANJUNGTRADISI.BLOGSPOT.COM
Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan