Rabu, 11 September 2013

Perkhidmatan Sewaan Alat Muzik Tradisional

Kami juga menyediakan perkhidmatan Sewaan Alat Muzik Tradisional sahaja dengan kadar bayaran sewaan yang berpatutan bagi tujuan sesi fotografi, paluan sambutan / perasmian acara (gong / rebana ubi), sesi kajian dan lain-lain tujuan.

Alat Muzik Tradisional Melayu yang boleh disewa:

1) Gong Perasmian VIP

  • Harga adalah bergantung kepada lokasi, jenis alat muzik, kualiti hiasan alat muzik, pengangkutan, jumlah hari dan jumlah alat muzik yang diperlukan.
  • Jika memerlukan pemain alat muzik bersama, harga juga berbeza.
  • emel butiran ke almuzika@gmail.com atau sms ke 0132674462 untuk mendapatkan sebutharga.

Menjual berbagai alat muzik tradisional.

Almuzika enterprised juga menjual berbagai jenis alat muzik tradisional seperti gamelan untuk sekolah , caklempong, alat muzik paluan seperti kompang dan lain-lain lagi.



* Harga adalah bergantung kepada kualiti alat muzik tradisional yang dipersetujui. Contohnya: Alat Muzik Gamelan mempunyai 3 jenis kualiti iaitu



  • Besi (Paling Murah, sesuai untuk sekolah)
  • Kuningan (Sederhana mahal, mempunyai bunyi yang lebih baik)
  • dan Perunggu (Yang paling mahal, dicipta menggunakan gabungan beberapa bahan serta mempunyai bunyi yang paling baik)
* Semua alat muzik tradisional adalah "custom made" oleh itu jangkamasa tertentu diperlukan untuk menyiapkan alat muzik ini sebelum penghantaran dilakukan.

* Bayaran deposit 50% diperlukan apabila persetujuan dilakukan.

* Bayaran penuh (baki 50%) sejurus sebelum penghantaran dilakukan.

* Untuk Jabatan/agensi kerajaan, tertakluk kepada kelulusan pesanan tempatan (LO)




Perkhidmatan Baik Pulih Alat Muzik Tradisional.



Mulai Ogos 2013 kami akan mula menyediakan perkhidmatan baik pulih alat muzik tradisional Melayu. Alat Muzik yang boleh kami baiki adalah seperti berikut:

1. Gamelan (Tuning dan Polish)
2. Caklempong (Tuning dan Polish)
3. Wayang Kulit
4. Pergendangan Melayu seperti Rebana dan Gendang.

Harga perkhidmatan ini adalah bergantung kepada kerosakan alat muzik, kos perjalanan dan bayaran perkhidmatan  juru baik pulih kami.

Sekian