Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

anak ketam belajar berjalan,
matanya tertanggal digigit lipan, 
selamat tinggal bulan ramadan,
selamat datang bulan memohon kemaafan


Ahad, 4 Ogos 2013

MAKLUMAN PENTING

Disebabkan masalah teknikal. Laman Blog ini akan BERPINDAH SEPENUHNYA ke laman www.AnjungTradisi.blogspot.com bermula pada 21 Ogos 2013.

Latar Belakang ALMUZIKA



      Kumpulan kebudayaan ini ditubuhkan pada 1999 dengan tujuan untuk membekalkan persembahan kebudayaan berkualiti oleh penggiat seni profesional tempatan. Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan Muzik dan Tarian tradisional.  Kumpulan muzik Almuzika terdiri daripada pemuzik professional yang terbahagi kepada dua Kumpulan iaitu  Muzik Tradisional, yang menjurus kepada muzik tradisional seperti asli, gamelan, caklempong, wayang kulit, paluan dan ghazal. Kumpulan yang kedua pula ialah Muzik Kombo yang boleh bergabung dengan pemuzik tradisional untuk menghasilkan muzik kreatif atau kontemporari pula (Kumpulan Muzik 1Malaysia). 
      Almuzika mempunyai 4 orang pemuzik dan 2 Koreografer/Penari tetap dan beberapa ahli jemputan profesional daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta di Malaysia seperti Istana Budaya, Telekom, Petronas, DBKL, Menara KL dan ASWARA..  Antara kejayaan ahli kumpulan Almuzika ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008. Kumpulan Almuzika kerap mengadakan persembahan-persembahan muzik dan tarian tradisional  di sekitar Lembah Kelang.




    Perkhidmatan yang disediakan adalah persembahan muzik dan tarian (tradisional, moden dan gabungan-1Malaysia), membekalkan alatan muzik tradisional seperti gamelan, caklempong dan pergendangan untuk Jabatan kerajaan dan swasta. Membaikpulih alat muzik tradisional dan perkhidmatan menyewa alat muzik tradisional seperti Gong untuk tujuan perasmian. Perkhidmatan usherer berkostum tradisional 1Malaysia juga disediakan untuk acara sambutan orang kenamaan dan VIP.