Halaman

Rabu, 29 Oktober 2014

PENGAMBILAN PELAJAR ASWARA KEMASUKAN FEBUARI 2015

ASWARA MALAYSIA
PENGAMBILAN PELAJAR
KEMASUKAN FEBUARI 2015

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA) ialah sebuah institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, budaya dan warisan di Malaysia. Ia ditubuhkan sebagai Akademi  Seni Kebangsaan (ASK) pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Namanya ditukar kepada nama kini bermula pada 1 Ogos 2006 melalui Akta  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).  ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ia bertujuan menghasilkan seniman mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya di samping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan penghibur yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA berusaha mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tinggi dalam bidang-bidang penyelidikan yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan yang pelbagai.
Pelajar dan graduan Aswara telah memenangi berbagai anugerah dan pengiktirafan profesional dalam bidang seni di peringkat tempatan dan antarabangsa. Terkini pelajar Aswara telah memenangi Hadiah Pertama ESCAPE Shots Merdeka Video Contest 2014 anjuran CELCOM. Anugerah  Best Film, New Zealand/Malaysia 48 hours Film Making Competition 2014 dan Memenangi Persembahan terbaik, vokal terbaik dan Juara kategori lelaki di Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2014. Ramai graduan Aswara juga telah dikenali dan diiktiraf kecemerlangan kerjaya seni mereka di sektor kerajaan dan swasta di berbagai agensi ketika ini.




SYARAT KEMASUKAN

DIPLOMA

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran iain; ATAU Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal; dan lulus mata pelajaran Ekonomi, DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon DAN Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan ofeh ASWARA.

IJAZAH SARJANA MUDA KEPUJIAN

Diploma ASWARA atau Diploma dan IPTA atau IPTS yang diiktiraf ofeh kerajaan Malaysia atau setaraf dan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM ATAULulus Sijii Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal ATAU Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun bagi Pegawai Kebudayaan, Pembantu Muzium. Penolong Pegawai Arkib. Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan: DAN Lulus temuduga dan Ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA DAN mestilah menduduki Malaysian University English Test (MUET) dan mencapai sekurang-kurangnya tahap 1 .

PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Sarjana Muda Penulisan Dengan Kepujian
Sarjana Muda Filem dan Televisyen Dengan Kepujian
Sarjana Muda Muzik Dengan Kepujian
Sarjana Muda Teater Dengan Kepujian
Sarjana Muda Tari Dengan Kepujian
Sarjana Muda Pengurusan Seni dan Budaya Dengan Kepujian
Diploma Animasi
Diploma Rekaan Komunikasi Visual

CARA MEMOHON

• Sila daftar akaun permohonan melalui http://www.sms.aswara.edu.my/aswaraweb/
• Siia muat turun borang permohonan secara atas talian pada alamat di atas.
• Sila lengkapkan maklumat di dalam borang permohonan tersebut.
• Siia lampirkan salinan dokumen yang telah disahkan.

JANGAN TUNGGU LAGI!!

MEMOHON SEKARANG!!!

Tarikh Tutup

14 November 2014

PERNIKAHAN PUAN NARTHREZA PADA 27 SEPT 2014 DI DAMANSARA

Pada 27 Sept 2014 yang lalu. Kumpulan Ghazal Anjung Tradisi terlibat dalam dua persembahan. iaitu pada tengahari di majlis Perkahwinan puteri kepada tuan Amir Hassan di kem PGA Cheras seterusnya pada malam harinya pula di Rumah puan Narthreza di Damansara.



Perbincangan mengenai persembahan Ghazal ini bersama keluarga puan Narthreza berlangsung hampir 3 minggu. Pada mulanya Narthreza sendiri yang menghubungi saya. Yang mana selepas itu perancang perkahwinan ini juga menghubungi saya untuk acara yang sama. Apabila mesyuarat berlangsung dirumah pengantin. Saya maklumkan perkara ini kepada kedua mereka dan menjadi bahan ketawa di antara kami semua. Bagaimanapun tidak mengapalah. Asalkan saya diberi kepercayaan untuk turut sama dalam majlis ini.




Semuanya telah berjalan dengan lancar. Yang mana persembahan kami dapat juga berlangsung walaupun pada waktu itu hujan agak kerap turun. Apabila kami sampai pada jam 5 petang untuk sesi sound check. Hujan turun dengan lebatnya. Sistem teknikal tidak dapat di pasang dan sesi sound check telah tertangguh. Apabila ini terjadi. Persediaan kepada majlis ini juga semuanya tertangguh yang mana ada juga meja tetamu diletakkan di laman rumah ini tanpa bumbung/kemah dan ini menyebabkan semua meja dan hiasan menjadi basah kuyup. Memang semuanya agak kelam kabut kerana menantikan hujan reda dan buat persediaan semula termasuklah kami.



Pada hari ini saya dibantu oleh dua pelajar dari fakulti pengurusan seni dan budaya ASWARA iaitu Fatin dan Syuhada. Alhamdulillah mereka menjalankan tugas dengan cemerlang. Saya juga meminta mereka membantu pengurusan perkahwinan Narthreza. Banyak pengelaman yang mereka perolehi dari majlis ini. Sekiranya ada di kalangan pembaca yang memerlukan khidmat mereka in yang telah terlatih. Boleh hubungi saya.







Ahli muzik kumpulan anjung tradisi hari ini memang kepenatan. dari tengahari di Majlis perkahwinan di Cheras sehinggalah ke tengah malam di Damansara. Bagaimanapun persembahan mereka tetap mantap. Terutamanya nyanyian daripada Jamilah Abu Bakar dan abang Norehan Saif. Masih kekal kualitinya walaupun dalam kepenatan. Persembahan berakhir dalam jam 11 malam.


Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya melalui mesej, emel dan whatsapp seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Ahad, 26 Oktober 2014

Perbezaan Muzik Ghazal, Band Unplugged, Band 1Malaysia Siri 3 (Samb)

Kumpulan Muzik Unplugged (Samb)

Seterusnya saya akan menerangkan mengenai Kumpulan Muzik Unpugged. Sebagaimana sebelum ini tentang jenis kumpulan muzik yang lain, saya juga akan jelaskan seperti berikut.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik.

Kumpulan Muzik Unplugged Anjung Tradisi terdiri daripada alatan muzik yang pada asasnya tidak menggunakan elektrik seperti flute, violin, gitar akustik, bass akustik, piano dan set cajun. Cuma piano sahaja yang kami gantikan dengan keyboard yang hanya mennggunakan bunyi piano. Ini adalah kerana kerana untuk membawa piano ke atas pentas akan melibatkan kos yang tinggi. Kumpulan muzik sebegini amat sesuai untuk majlis makan malam, perkahwinan eksklusif dan majlis rasmi. Memang ada penganjur yang meminta kami menyediakan kumpulan muzik sebegini oleh kerana VVIP yang hadir mahukan bunyi muzik yang tidak terlalu bising. Dengan tujuan supaya jemputan VVIP ini dapat berbicara dengan rakan tanpa gangguan daripada muzik yang kuat semasa majlis berlangsung.

Cara muzik dan stail dimainkan adalah secara sederhana. Yang mana rentak muzik yang dimainkan akan dilakukan secara perlahan sahaja. Kebiasaannya kami akan menyerahkan kepada sound engineer untuk menentukan volume muzik yang bersesuaian  dalam majlis. Kumpulan kami akan bermain secara santai sahaja.

Senarai lagu pula adalah pelbagai. Kumpulan kami memang versatil untuk memainkan apa sahaja lagu popular semasa tempatan dan antarabangsa. Cuma jika ada lagu lagu terkini yang diminta oleh penganjur. Kumpulan kami memerlukan sedikit masa untuk menulis dalam bentuk notasi muzik terlebih dahulu. Ahli muzik kumpulan muzik anjung tradisi memang terlatih secara formal dalam bidang muzik. Oleh itu tidak menjadi masalah kepada kumpulan kami untuk memainkan lagu apa sahaja atas permintaan.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya melalui mesej, emel dan whatsapp seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Isnin, 22 September 2014

PERSEMBAHAN KESENIAN PERCUMA

Saya pernah juga di hubungi oleh beberapa individu yang meminta kami membuat persembahan secara percuma atau pun dengan bayaran tersangat kecil atau dengan bayaran "belanja makan" sahaja. Dengan alasan "demi negara" atau membantu kerana bajet yang sangat kecil.

Posting kali ini saya ingin membawa pembaca sekelian ke dalam dunia kami sebagai anak seni terutamanya kepada kami yang berkecimpung dengan dunia seni tradisional. Kami juga hidup seperti orang lain yang mempunyai keluarga, ayah, ibu, isteri, suami, anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan. Mempunyai rumah sewa atau pun bayaran bulanan rumah, kereta, yuran persekolahan anak-anak, bil-bil yang perlu di bayar dan sebagainya. Kami juga perlu sumber kewangan bulanan untuk menampung kehidupan kami. Sebagai individu yang mempunyai kemahiran unik. Kami ingin menggunakan kemahiran ini sebagai punca pendapatan kami.

Kami mempelajari seni tradisional ini dengan pengorbanan masa, usaha dan tenaga yang tak terkira banyaknya. Untuk makluman semua, peluang mempelajari seni tradisional di Malaysia sangat terhad. Tidak seperti belajar kesenian barat atau pun kesenian moden yang lain. Ada banyak institusi yang menawarkannya. Oleh kerana kesukaran ini pada peringkat permulaan ada penggiat yang sanggup membayar dengan mahal kepada jurulatih-jurulatih untuk mengajar pada satu jangka masa yang lama. Ada yang belajar sehingga mengambil masa hingga 4-5 tahun lamanya sebelum menjadi mahir dengan berbagai jenis kesenian tradisional. Cuba kira jumlah kos yang perlu di belanjakan sebelum seseorang berjaya diiktiraf sebagai penggiat kesenian yang mahir. Oleh itu sekiranya pembaca menganggap harga yang ditetapkan untuk kesenian tradisional adalah mahal. Bolehlah cuba mengira kos untuk menghasilkannya terlebih dahulu. Ini baru kos untuk belajar seni tradisional.

Seterusnya saya ingin membawa pembaca semua kepada proses untuk mengadakan sesuatu persembahan sehingga sesuatu persembahan kesenian itu dapat dilakukan dengan jayanya. Apabila lagu-lagu telah ditetapkan, kami akan membuat sesi latihan pada jangka masa tertentu. Oleh itu kami perlu meluangkan masa, makan minum, kos perjalanan (minyak kereta), bayaran tol untuk ke tempat latihan, kos telefon mengatur ahli sehinggalah ke hari menjalani latihan. Adakalanya memakan masa seminggu bergantung kepada jumlah persembahan. Kos sewaan lokasi latihan juga perlu di ambil kira. Ini baru sesi latihan dan mengatur ahli yang terlibat. Pada waktu ini kostum-kostum untuk persembahan sudah dipilih atau disewa sekiranya perlu.

Apabila tiba hari persembahan kebiasaannya kami akan meluangkan sepenuh hari tersebut hanya untuk persembahan. Daripada perjalanan ke tempat persembahan, sesi latihan dan seterusnya waktu persembahan sebenar. Bagi penari tradisional, kami juga perlu memakai make up sebelum persembahan beserta aksesori yang mana ada masanya kami terpaksa sewa jika tidak mencukupi. Pembaca boleh kira berapa kosnya untuk keseluruhan proses tersebut. Kos perjalanan, pakaian, make up, dobi, makan minum sehinggalah persembahan yang dipaparkan. Semuanya mempunyai kos yang perlu ditanggung oleh kami.

Oleh itu sekiranya ada yang menganggap persembahan kesenian tradisional boleh dilakukan secara percuma atau pun "belanja makan" sahaja sudah dikira mencukupi seperti di zaman dahulu dengan band kampung yang buat show kenduri kahwin. Saya rasa ini adalah pandangan yang tidak sesuai sama sekali. Saya rasa begitu juga kerja-kerja pejabat, tiada siapa yang mahu lakukan secara percuma atau pun belanja makan sahaja ketika ini. Harga yang kami tawarkan sebenarnya adalah cukup murah untuk satu persembahan yang unik serta mampu memaparkan keistimewaan negara Malaysia sendiri. Setelah ditolak semua kos yang berkaitan, berapa sahajalah yang tinggal untuk kami bahagikan kepada penggiat-penggiat seni ini berbanding dengan pengorbanan usaha, masa, tenaga dan wang ringgit yang sudah mereka belanjakan. Bayaran yang kami tawarkan sebenarnya adalah sangat murah jika diambil kira semua kos ini.

Sekiranya kami mengadakan sesuatu persembahan secara percuma atau dengan harga yang terlalu rendah daripada yang kami tetapkan. Sebenarnya kami sendiri pula yang terpaksa mengeluarkan modal dari wang poket kami sendiri untuk menampung kos perbelanjaan persembahan yang akan diadakan.

Jika demi negara dijadikan sebab untuk mengajak kami mengadakan persembahan. Alangkah baiknya demi negara juga, penganjur acara juga memperuntukkan sedikit bayaran kepada kami supaya boleh membantu kami meneruskan aktiviti kesenian tradisional dan seterusnya mengekalkan warisan seni negara kita.

Saya berharap pembaca sekelian dapat memahami situasi dan kehidupan kami sebagai anak seni tradisional serta tahu mengapa dan bagaimana kami menetapkan harga sesuatu kesenian tradisional yang kami persembahkan.

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan, Persembahan dan Muzik untuk Majlis Perkahwinan Ekslklusif serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Rabu, 17 September 2014

PERBEZAAN BERBAGAI KUMPULAN MUZIK DALAM ANJUNG TRADISI Siri 2 (Samb)

(Sambungan)

Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia


Seterusnya saya akan menerangkan mengenai Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia pula. Seperti juga kumpulan muzik ghazal sebelum ini, Kumpulan Muzik Multiracial 1Malaysia juga saya akan jelaskan seperti berikut.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik

Bersesuaian dengan "Multiracial" yang saya sebutkan, alat muzik yang kami gunakan juga adalah dari latar belakang etnik berbilang bangsa Malaysia. Alat Muzik Tradisional seperti Gambus, Akordian dan seruling (Melayu), Erhu dan Yanqin (Cina), Sitar dan Tabla (India), Sape (Sarawak), dikumpulkan bersama alat muzik moden seperti gitar akustik, Keyboard, Bass dan set percussion moden dan tradisional. Secara visualnya kita akan dapat lihat sebuah "mini orkestra tradisional" yang melambangkan keunikan struktur masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Stail muzik yang dimainkan juga menjadi sedikit berbeza. Yang mana setiap alat muzik daripada etnik berbeza ini akan memainkan muzik dalam gaya lenggok masing masing. Dihimpunkan dan dimainkan dalam melodi dan muzik latar yang menjadi satu. Keperbezaan ini juga akhirnya disusun supaya muzik yang didengar menjadi harmoni dan menyokong antara satu sama lain. Pada mulanya ada juga pelanggan yang merasa was-was tentang keunikan kumpulan kami ini. Terutamanya apabila diberitahu berkenaan alat muzik tradisional kemudiannya dari etnik berbeza. Persoalan yang selalu ditanya kepada saya adalah bolehkah muziknya menjadi baik?. Tetapi setelah melihat video persembahan kami sebelum ini, pelanggan terus sahaja bersetuju.

Kumpulan muzik ini boleh dan sesuai memainkan apa sahaja jenis lagu tempatan, antarabangsa, tradisional dan moden. Mungkin ada pembaca bertanya sama ada mampukah ahli muzik tradisional memainkan semua jenis lagu tersebut. Jawapannya memang boleh. Ini adalah kerana ahli muzik di dalam kumpulan muzik 1Malaysia kami ini adalah yang terlatih serta pakar dalam alatan muzik yang mereka mainkan. semuanya mampu membaca notasi muzik dengan cekap. Mereka juga merupakan antara pemuzik utama dalam alatan muzik mereka di Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca juga, semua lagu yang dimainkan di dalam kumpulan muzik 1Malaysia ini ditulis notasi muziknya. Ada juga dibuat gubahan muzik baru yang khusus untuk kumpulan muzik Multiracial ini. Oleh itu minta sahaja lagu apa untuk dimainkan dalam acara yang dianjurkan. Kami boleh mainkan lagu tersebut asalkan ada MP3nya. Kami akan buat gubahannya dan berlatih khusus untuk acara tersebut sekiranya ada permintaan lagu baru. Cuma ingin memberitahu bahawa untuk setiap gubahan notasi muzik lagu baru, kami terpaksa kenakan bayaran tambahan kerana penggubah muzik yang kami gunakan khidmatnya juga perlu dibayar perkhidmatannya. Kebiasaannya untuk menulis satu lagu baru memerlukan masa 2-3 hari untuk disiapkan.

Sejak kumpulan muzik multiracial ini ditubuhkan, kebiasaannya kami diundang untuk mengadakan persembahan di acara yang melibatkan jemputan antarabangsa. Seperti Majlis rumah terbuka hari raya syarikat Multinasional (Sapura Kencana dan Petronas Dagangan) untuk tahun 2013 dan 2014 serta Majlis makan malam peserta persidangan antarabangsa (World Halal Conference 2014). Untuk pengetahuan semua juga, oleh kerana menggunakan khidmat pemuzik pakar, latihan yang panjang untuk sesuatu acara, gubahan muzik, harga bayaran untuk persembahan kumpulan muzik 1Malaysia ini adalah yang termahal berbanding kumpulan muzik lain dalam kumpulan kami.

Untuk mendapat gambaran jelas mengenai kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia ini, saya sertakan video persembahan kami sebelum ini seperti di bawah.




Posting mengenai perbezaan kumpulan muzik di dalam Anjung Tradisi akan bersambung pada posting seterusnya...

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Sabtu, 13 September 2014

PERBEZAAN BERBAGAI KUMPULAN MUZIK DALAM ANJUNG TRADISI

Ramai juga yang bertanya kepada saya tentang apakah perbezaan kumpulan muzik yang ada dalam Anjung Tradisi ini. Serta kesesuaian kumpulan muzik yang ingin digunakan dalam acara atau majlis yang ingin dianjurkan.

Posting kali ini saya tulis bertujuan untuk menjawab persoalan ini. Terlebih dahulu saya akan senaraikan kumpulan muzik yang ada serta ditawarkan dalam kumpulan kesenian Anjung Tradisi.

1. Kumpulan Muzik Ghazal/Asli
2. Kumpulan Muzik 1Malaysia
3. Kumpulan Muzik Unplugged/Akustik
4. Kumpulan Muzik Band
5. Kumpulan Muzik Gamelan

Perbezaan kumpulan muzik ini boleh dilihat dengan beberapa faktor.

1. Senarai Alat Muzik yang digunakan.
2. Cara dan stail muzik dimainkan.
3. Senarai lagu yang dimainkan.
4. Ahli Muzik.

Saya akan menghuraikan perbezaan kumpulan muzik ini dalam beberapa siri posting. Untuk posting blog kali ini saya akan menjelaskan tentang Kumpulan muzik Ghazal/Asli terlebih dahulu.

Kumpulan Muzik Ghazal/Asli

Bagi kumpulan kami, kumpulan muzik ghazal/asli akan menggunakan  alatan muzik yang sama iaitu Gambus, Akordian/harmonium, violin, flute, Bass dan perkusi Melayu/tabla/toys. Yang membezakan kedua genre muzik ini adalah cara muzik dimainkan. Gaya lenggok nyanyian lagu melayu asli dan ghazal juga ada bezanya. Kebiasaannya pemuzik kedua genre ini adalah sama dan boleh memainkan muzik ini dalam acara yang sama. Penyanyi kumpulan kami iaitu abg Norehan dan Roger mahir menyanyikan stail lagu-lagu asli dan ghazal. Begitu juga penyanyi undangan tetap kami iaitu Jamilah Abu Bakar. Senarai lagu bagi kedua genre muzik asli dan ghazal ini berbeza. Namun ada juga lagu rentak asli yang biasa dimainkan juga dalam rentak Ghazal. Bagi mendapat gambaran jelas tentang muzik genre ini, saya sertakan video contoh nyanyian penyanyi Anjung Tradisi dan muziknya di bawah.

Ghazal Seri Mersing (Norehan Saif)



Ghazal Nasib Panjang dan Empat Dara (Norehan Saif)



Ghazal Penawar Rindu (Jamilah Abu Bakar)




Muzik Asli - Yaladan (Instrumental) - Rentak Zapin



Muzik Asli - Joget Tari Lenggang (Norehan Saif) - Rentak Joget




Antara Senarai lagu muzik Ghazal/Asli
  • Seri Mersing
  • Kuala Mersing
  • Penawar Rindu
  • Sayang Musalmah
  • Embun Menitik
  • Empat Dara
  • Pasir Roboh
  • Musalmah Manis 
  • Patah Hati
  • Jalak Lenteng
  • Timang Banjar
  • Seri Mahligai
  • Seri Siantan
  • Seri Banang
  • Damak
Terdapat banyak lagi lagu-lagu Ghazal/Asli yang popular dimainkan oleh kumpulan muzik Ghazal di Malaysia. Saya cuma menyenaraikan beberapa lagu yang dikenali ramai. Bagaimanapun rentak ghazal/asli ini juga boleh digunakan di dalam memainkan melodi lagu-lagu popular semasa dan juga lagu lagu antarabangsa dalam berbagai bahasa. Contoh lagu selain daripada tradisional Malaysia yang pernah kami mainkan.





Bagi kumpulan muzik ghazal/asli ini, kebiasaannya kami diminta untuk mengadakan persembahan di Majlis perkahwinan eksklusif di Hotel, Majlis pernikahan di rumah, Majlis terbuka hari raya, Majlis berbuka puasa, persembahan khas di restoran dan Majlis makan malam persidangan antarabangsa. Pada pandangan saya kumpulan muzik ghazal ini akan menggambarkan seni tradisional orang melayu serta sesuai dalam semua jenis acara yang ingin dianjurkan sama ada tempatan dan antarabangsa.

Latarbelakang Ghazal dan Kumpulan Anjung Tradisi serta lagu Yaladan.


Penjelasan mengenai kumpulan muzik seterusnya akan saya publishkan pada posting selepas ini...

Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi pada 1999 bermula dengan 8 orang ahli. Kumpulan Kesenian Anjung Tradisi kerap mengadakan persembahan muzik dan tarian tradisional  di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk Konvensyen, Persidangan serta menjadi penghibur tetap untuk banyak syarikat utama seperti Sapura Kencana dan Petronas. Antara kejayaan ahli kumpulan Anjung Tradisi ini apabila pernah memenangi beberapa pingat emas di World Championship Of Performing Arts di Hollywood Los Angeles pada Julai 2008.

Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik Multiracial 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan, boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Jumaat, 5 September 2014

RAKAMAN PERSEMBAHAN MUZIK DAN KESENIAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN

Pak Bakar dah berikan saya rakaman video semasa majlis perkahwinan 31 Ogos lepas. Seperti yang saya janjikan sebelum ini boleh tonton di bawah:

Untuk pengetahuan semua muzik dalam majlis ini adalah secara persembahan 'live" dari muzik iringan tetamu di lobi (gamelan) muzik semasa perarakan masuk pengantin ke pelamin, persembahan tarian, muzik iringan VIP, muzik semasa merenjis, muzik semasa makan dan muzik semasa acara memotong kek/pulut kuning.

Muzik dan Nyanyian semasa perarakan masuk pengantin ke Pelamin




Tarian Pembukaan



Persembahan Khas 




Persembahan semasa Jamuan Makan Berlangsung
Kali ini saya berpeluang berduet dengan Jamilah sebuah lagu popular klasik 80an :)



 Antara nyanyian terbaik oleh Jamilah Abu Bakar

 


Lagu dan Muzik semasa acara memotong kek/pulut kuning




Jika pembaca mendengar nyanyian Jamilah Abu Bakar dalam video di atas. Sudah tentu tahu mengapa kumpulan kami sentiasa menggunakan khidmat Jamilah dalam semua persembahan kami. Dengan bayaran tidaklah semahal artis popular semasa. Hasil yang kita dapat setara dengan artis yang telah dikenali. Jamilah dibesarkan dengan penyanyi lagu keroncong dan tradisional Melayu. Melalui kemahiran yang dimiliki itu Jamilah telah menjadi seorang penyanyi yang versatil dan boleh menyanyi dengan baik dalam semua jenis muzik. Walaupun masih muda (19 tahun) Jamilah sebenarnya telah banyak mencapai kejayaan dalam bidang seni terutamanya apabila pernah dijemput oleh Malaysian Philharmonic Orchestra Petronas dalam beberapa Konsert mereka di Dewan Filharmonik petronas. Serta Jamilah juga pernah mengadakan konsert beliau yang pertama di Panggung Bandaraya KL pada 28 dis 2013 di bawah program mentor mentee Dana kreatif Negara. Kini Jamilah menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jamilah Abu Bakar, boleh layari youtube channel Jamilah disini
http://www.youtube.com/user/abubakarismail


Sekiranya ada yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami sama ada Kumpulan Ghazal, Kumpulan muzik 1Malaysia, Kumpulan muzik unplugged, Gamelan, Kumpulan Tarian, Kumpulan Tarian kanak-kanak yang boleh menari berbagai tarian tradisional dan antarabangsa seperti zapin joget dan hindustan untuk acara makan malam, perkahwinan dan acara khas boleh menghubungi saya seperti maklumat di bawah.

Terima Kasih kerana memberi sokongan.

Bahizal Abu Bakar
Pengurus Anjung Tradisi
0132674462
emel: AnjungTradisi@gmail.com
youtube channel: www.youtube.com/user/AnnjungTradisi

facebook: www.facebook.com/anjungtradisi

Selasa, 2 September 2014

PERSEMBAHAN KESENIAN SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN FARAH DAN AMMAR DI SHANGRILA KL PADA 31 OGOS 2014

Semalam pada 31 Ogos 2014 (Ahad) telah berlangsungnya majlis perkahwinan Farah dan Ammar di Hotel Shangrila Kuala Lumpur. Perancangan bagi majlis ini sudah dilakukan sejak Feb 2014 lagi. Pengurus bagi majlis perkahwinan ini adalah pengantin perempuan sendiri.



Latar belakang penglibatan kumpulan kesenian Anjung Tradisi dalam majlis ini. Pertama kali saya berjumpa keluarga ini di Citta Mall. Pada pertemuan pertama kali ini saya membuat pratonton persembahan kesenian kumpulan kami sebelum ini. Dari muzik gamelan dilobi. Sambutan pengantin menggunakan  kompang, Muzik untuk acara merenjis. Tarian pembukaan dan muzik akustik semasa acara makan malam berlangsung.

Daripada pratonton tersebut keluarga En Wan Burhanudin ini bersetuju untuk kumpulan saya terlibat dalam Majlis perkahwinan ini. Selepas itu  pengantin perempuan (Farah) telah menghubungi saya untuk memberi deposit sebagai pengesahan.

Dalam bulan April 2014 Farah menghubungi saya untuk perbincangan lanjut di rumah mereka di Subang. Pada pertemuan itu, sekali lagi saya memberi cadangan lagu-lagu yang boleh dipersembahkan semasa majlis perkahwinan Farah nanti. saya juga memberi cadangan supaya semua muzik yang dimainkan nanti adalah secara "live" sahaja termasuk semasa persembahan tarian. Serta menggunakan muzik ghazal dan unplugged. Yang mana kumpulan muzik saya berkebolehan untuk bermain dalam 2 jenis genre muzik ini dan pemuzik dalam kumpulan saya ini boleh bermain 2-3 alat muzik dengan baik sekali termasuk mahir membaca notasi muzik. Manakala penyanyi pula saya telah mencadangka supaya menggunakan khidmat Jamilah Abu Bakar.

Bagaimanapun saya telah memberi cadangan supaya satu persembahan powerpoint perlu dilakukan sekali lagi bagi membuat pradengar senarai lagu akhir yang dipilih. Daripada muzik iringan semasa pengantin berarak masuk, muzik  semasa merenjis, muzik semasa "food presentation hotel", muzik dan tarian semasa persembahan utama, muzik iringan semasa pengantin dan VIP bergerak ke pelamin dan ke meja makan utama, senarai muzik semasa majlis makan malam dan muzik semasa cara memotong kek.

Seminggu selepas itu saya ke rumah bakal pengantin sekali lagi untuk membentangkan powerpoint yang mempunyai senarai lagu dan video di dalamnya. Hasil daripada pertemuan itu, Farah telah membuat pilihan beberapa lagu lagi yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinannya iaitu tradisional Melayu. Yang mana akhirnya telah bersetuju dengan beberapa perkara seperti jenis muzik dan kostum penari serta penyanyi. Semasa pertemuan ini juga kami menetapkan tarikh untuk sesi pratonton muzik dan tarian untuk majlis perkahwinan Farah dan Ammar ini iaitu seminggu sebelum hari raya di Istana Budaya.

Sesi pratonton ini juga telah berlangsung dengan baik yang mana cadangan lagu dan persembahan tarian telah dipersetujui oleh keluarga Farah.

Semalam Kumpulan Anjung Tradisi telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan:

1. Kumpulan Kompang (Sambutan Pengantin)
2. Kumpulan Gamelan (di Lobi Grand Ballroom)
3. Kumpulan Tarian (Persembahan pembukaan dan persembahan utama)
4. Kumpulan Muzik Ghazal dan kumpulan Akustik (pemuzik yang sama)
5. Penyanyi jemputan (Jamilah Abu Bakar)
6. Sistem Audio (Teknikal)

Semasa sesi latihan di hotel shangrila,









Oleh kerana masa yang diberikan agak suntuk. Banyak juga masalah yang berlaku. Pada asalnya sesi bump in barangan teknikal seharusnya pada jam 8.00 pagi. Disebabkan kerenah birokrasi keselamatan hotel, barangan hanya boleh dibawa masuk pada jam 9 pagi dan seluruh jadual telah menganjak menjadi lebih lewat. Yang sepatutnya latihan penuh pada jam 1 tgh telah menganjak ke 2 petang.

Bagaimanapun semuanya dapat diselesaikan pada jam 4 petang yang mana kami berehat serta mula membuat persediaan. Bagaimanapun semua persembahan dapat dilakukan pada masa yang ditetapkan serta mengikut atur cara yang telah di atur oleh perancang majlis perkahwinan iaitu Kayangan Gallery. Pasukan pengurusan acara Kayangan Gallery memang cekap melaksanakan acara ini. Ahli kumpulan saya semuanya berasa selesa dengan perlaksanaan acara. Cue yang diberikan jelas dan memudahkan kumpulan saya melaksanakan tugas kami.



Saya juga menyanyi bersama Jamilah dalam majlis ini. Dengan dibantu oleh seorang penyanyi muda seorang  pelajar ASWARA iaitu Zhafri. Saya menyanyikan 2 lagu duet bersama Jamilah iaitu Mulanya disini sewaktu makan dan Bagaikan Sakti sewaktu acara memotong kek. Saya juga dibantu secara pengurusan oleh 2 pembantu sukarela daripada pelajar Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya ASWARA iaitu Fatin dan Nursyuhada. Banyak pegngalaman yang dapat mereka kutip daripada majlis ini.



Jamilah dan Zhafri menyanyi dengan baik sekali. Keduanya masih menuntut di ASWARA dalam bidang muzik. Cuma Jamilah sudah lebih established dalam dunia seni yang mana beliau sudah beberapa kali dijemput menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), MPYO, serta menyanyi bersama orkestra diNegeri Sembilan. Jamilah juga pernah mengadakan konsert solonya pada 28 dis 2013 bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad serta Tun Siti Hasmah yang juga peminat utama kepada Jamilah. Terima Kasih Jamilah kerana sudi menyanyi bersama kumpulan Anjung Tradisi. Jika ada yang berminat mahu melihat nyanyian Jamilah, boleh layari channel youtube ini http://www.youtube.com/user/abubakarismail















Pada persembahan lagu cinta sesungguhnya nyanyian Jamilah semasa pengantin berarak masuk, tetamu memberikan tepukan gemuruh. Begitu juga seterusnya semasa persembahan pembukaan lagu Jong Jong Inai tarian dengan muzik "live". Tetamu sekali lagi memberikan tepukan. Saya akan letakkan video semua persembahan kami semasa majlis ini di laman blog ini apabila Pak Abu Bakar selesai membuat editing nanti.

Persembahan semasa majlis perkahwinan farah dan ammar ini merupakan antara persembahan terbaik kami yang pernah dilakukan. Semua muzik dimainkan secara "live" sahaja termasuk semasa persembahan tarian dan acara telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada Kayangan Gallery yang melaksana acara ini dengan cekap sekali.

Acara berakhir pada jam 10.45 malam.

Tahniah kepada pengantin Farah dan Ammar semoga berbahagia ke anak cucu.

Tahniah En Wan Burhannudin dan Puan Dalila merana pertama kali menerima menantu.

Tahniah kepada seluruh pasukan Kayangan Gallery kerana telah menganjurkan majlis dengan jayanya.

Tahniah kepada seluruh pasukan saya kerana telah menunjukkan komitmen yang baik dengan menepati masa yang telah ditetapkan setrta tetap bersabar dengan kerenah pihak keselamatan hotel hingga menyebabkan kita semua terlewat perlaksanaan perancangan.

Mohon Maaf sekiranya ada kekurangan.

Sekiranya ada pembaca yang berminat untuk menggunakan khidmat kumpulan kami. Boleh hubungi saya Bahizal Abu Bakar (0132674462) atau emel: AnjungTradisi@gmail.com. Youtube Channel di www.youtube.com/user/annjungTradisi untuk mendapatkan sebutharga pakej khas persembahan seperti mana yang saya lakukan semalam dalam majlis perkahwinan Farah dan Ammar ini iaitu:

1. Kumpulan Kompang (Sambutan Pengantin)
2. Kumpulan Gamelan (di Lobi Grand Ballroom)
3. Kumpulan Tarian (Persembahan pembukaan dan persembahan utama)
4. Kumpulan Muzik Ghazal dan kumpulan Akustik (pemuzik yang sama)
5. Penyanyi jemputan (Jamilah Abu Bakar)
6. Sistem Audio (Teknikal)

** Semua Muzik adalah secara "live"
** Termasuk satu sesi preview/pratonton muzik dan tarian
** Presentation powerpoint akan dilakukan untuk memilih lagu yang bersesuaian dengan konsep majlis perkahwinan.


Kumpulan kompang Anjung Tradisi semasa majlis ini.





Kumpulan Gamelan Anjung Tradisi




Ahad, 24 Ogos 2014

PERSEMBAHAN GHAZAL 3RD ASEAN CIO FORUM 2014

Pada 18 Ogos 2014 yang lalu, bertempat di Hotel Sama-Sama KLIA  kumpulan Ghazal Anjung Tradisi telah dijemput untuk menyerikan majlis makan malam delegasi dari negara Asean yang terlibat dalam 3rd ASEAN CIO FORUM 2014 yang dianjurkan oleh MAMPU.

Bergambar bersama kakitangan Mampu

Saya dihubungi oleh Mrs Suan dan Puan Amelia dari MAMPU bagi persembahan ini. Yang mana sejak awal lagi sememangnya Mrs Suan dan Puan Amelia amat teliti menguruskan acara penting ini. Terutamanya kerana yang hadir pada makan malam ini adalah individu penting dalam telekomunikasi di ASEAN.

Pada mulanya pihak hotel memaklumkan bahawa bahagian teknikal hotel tidak mempunyai sistem teknikal yang khusus untuk kumpulan muzik.Hanya mempunyai alatan yang sesuai untuk ucapan. Selepas saya berbincang dengan kakitangan yang berkenaan. Masalah tersebut selesai setelah saya mengetahui bahawa sistem ringkas yang mereka ada dengan jumlah mikrofon mereka sedia ada sudah memadai untuk persembahan muzik kami. Kepada yang tidak biasa dengan persembahan muzik mungkin tidak memahami bahawa sistem teknikal audio sangat penting dan sangat diperlukan dalam mana-mana persembahan muzik. Walaupun di tempat yang kecil. Mungkin ada yang sangka bahawa sistem teknikal audio ini untuk menguatkan bunyi sahaja. Sebenarnya tidak. Sistem bunyi ini diperlukan untuk menyedapkan bunyi atau menyeimbangkan bunyi berbagai alat muzik. Pada waktu yang sama sekiranya diperlukan boleh menguatkan bunyi juga. Jika persembahan dilakukan dikawasan kecil. Juru Audio yang mengawal "mixer" perlu menurunkan master volume ke tahap yang bersesuaian. Pemuzik  akan bermain muzik seperti biasa.

Setibanya kami di hotel saya terus menghubungi Puan Amelia untuk urusan lanjut. Yang mana bolehlah saya katakan kakitangan MAMPU sangat profesional dan cekap menguruskan masa. Setiap acara yang bakal berlangsung telah dijelaskan secara terperinci. Kemudian setelah semua pemuzik tiba. Kami terus membuat persediaan di atas pentas bagi sesi "Sound Check". Kumpulan kami memang menitik beratkan sesi "sound check" pada setiap persembahan yang kami lakukan supaya penonton yang mendengar muzik kami dapat menikmati muzik yang berkualiti tinggi. Banyak kali juga sebelum ini kami melihat kumpulan lain yang tidak mengambil berat akan hal ini berakhir dengan persembahan yang tidak baik. Walaupun kami sebagai pemuzik memang tahu kumpulan tersebut adalah antara yang terbaik tetapi oleh kerana sistem teknikal yang digunakan tidak mencukupi,  persembahan mereka menjadi cacat dan tidak menarik. Melalui pengalaman ini kami sangat pentingkan adanya sistem teknikal dan sesi sound check.
Bantu pemuzik buat "sound check"

Setelah sesi persediaan selesai yang mana semasa kami bermain 2-3 lagu untuk sesi sound check. Agak ramai juga kakitangan dan ketua dari MAMPU yang datang melihat persembahan kami. Boleh saya lihat yang mereka agak teruja dengan persembahan Ghazal kami. Ada juga yang mengakui belum pernah mendengar  secara langsung persembahan muzik Ghazal.



Kali ini giliran abang Norehan Saif yang menyanyikan lagu Ghazal bersama kami. Ada seorang lagi iaitu roger, tetapi kali ini beliau tak dapat bersama.Namun kedua-duanya memang sama hebat. Selesai sesi sound check Puan Amelia menjemput kami bersama-sama menikmati hidangan Hi Tea bersama kakitangan MAMPU. Terima kasih banyak banyak kerana sudi menjemput kami makan bersama. Saya juga dimaklumkan oleh puan Amelia bahawa makan malam juga disediakan di Coffee House Hotel sama-sama. dah lupa pula nama coffee House ni.



Bila tiba masanya, kami pun makan di tempat disediakan. memang sedap buffet di sini. Saya, pemuzik dan pembantu saya iaitu Nursyuhada bagai tak mahu berhenti makan disini. memang sedap. Terima Kasih pihak MAMPU kerana bermurah hati bawa makan disini ya. Jasa puan Amelia dan Puan suan tak akan kami lupa.


Bila tiba masanya kami pun terus mempersembahkan lagu-lagu tradisional seperti yang diminta oleh pihak MAMPU. Oleh kerana delegasi adalah dari negara ASEAN. Kami telah merancang untuk mempersembahkan juga lagu-lagu dari negara ASEAN. Dalam salah satu persembahan. Kami memainkan lagu Thailand dan wakil dari negara Thailand di meja VIP bangun dan turut menari bersama. Nampaknya taktik kami menjadi untuk hiburkan mereka.

Sepanjang persembahan berlangsung. Saya boleh lihat yang kakitangan MAMPU amat gembira dan berpuas hati dengan persembahan muzik ghazal yang kami lakukan. Bukan sahaja lagu-lagu tradisional Malaysia yang kami boleh mainkan tetapi lagu-lagu antarabangsa, english juga boleh kami mainkan dalam bentuk muzik Ghazal.


Selesai persembahan memang benar semuanya berpuas hati dengan persembahan muzik kami dari jam 8.00 malam hingga ke 10.30 malam. Setelah bayaran penuh dilakukan. Kami pun berkemas dan pulangke rumah masing-masing. Terima Kasih sekali lagu Puan Amelia dan Mrs Suan kerana menjemput kami. Budi baik puan berdua sangat kami hargai.

Berikut adalah antara rakaman video persembahan kami semasa acara berlangsung,



Jumaat, 22 Ogos 2014

Pengalaman Yang Kurang Menyenangkan.

Dalam kesibukan saya ke sana sini bertemu dengan bakal pelanggan. Tak kurang juga pengalaman yang kurang menyenangkan. Hari ini salah satunya. Seorang pegawai kepada salah satu organisasi terpenting negara memanggil saya 2 hari lepas untuk "menyelamatkan"  beliau yang diarahkan untuk mencari satu kumpulan seni bagi satu persembahan dalam acara mereka.

Setelah menghantar sebutharga yang diminta serta tawar menawar, saya bersetuju dengan harga yang jauh kurang daripada harga yang biasa saya tetapkan. Tidak mengapalah saya fikir asalkan layanannya baik dan menghormati kami itu pun sudah cukup. Pegawai ini juga bertanya sama ada kami boleh menyanyikan lagu berbagai bahasa dalam bentuk Ghazal. Tiada masalah bagi kami. Beliau juga maklumkan tak sempat memberikan deposit katanya kerana masa terlalu suntuk. Tidak mengapa kami faham.

Masalah timbul apabila beliau membaca di dalam emel yang saya hantar bahawa saya hanya akan menghantar kumpulan muzik ghazal dan tidak menyediakan alatan teknikal audio. Beberapa perbincangan berlangsung yang mana akhirnya beliau mengakui bahawa mereka tiada bajet untuk membayar sistem audio tambahan dan bahagian teknikal mereka tidak mempunyai alatan yang cukup untuk satu persembahan muzik. Hanya ada sistem yang sesuai untuk ucapan. Pada mulanya saya cuba juga berfikir mencari jalan untuk membantu dengan menggunakan apa yang ada. Yang mana bahagian teknikal organisasi besar ini hanya mampu sediakan 2 mikrofon sahaja. Tetapi setelah berbincang dengan rakan pemuzik yang lain. Nampaknya kami masih tetap memerlukan satu sistem audio sekurang-kurangnya 4 mikrofon tak kira apa jenis, mixer, speaker dan alatan tambahan lain. Dengan tujuan supaya bunyi yang terhasil dari persembahan kami terjaga dengan baik dan bukanlah hanya seperti patung yang sedang berlakon bermain muzik sedangkan bunyinya carca marba. Tak tahu apa yang sedang berlaku. Apa gunanya kami di panggil jika hanya bertujuan untuk dijadikan bahan pameran. Memang tak pernah berlaku pun kami membuat persembahan tanpa menggunakan sistem audio. Walaupun jenis yang paling murah.

Saya boleh lihat yang pegawai ini cuba juga menyelesaikan masalah. Terutamanya apabila berbincang dengan kakitangan bahagian teknikalnya. Yang mana akhirnya saya diminta datang ke lokasi persembahan untuk melihat sendiri kawasan persembahan yang mana jika mengikut pegawai teknikal yang saya hubungi itu. Tempat tersebut tidak memerlukan sistem audio. Walhal jika mengikut logiknya, sedangkan bunyi percakapan seorang individu mereka guna mikrofon!!... inikan bunyi alatan muzik yang banyak.. bagaimana boleh didengar.

Setelah sampai ke tempat yang dijanjikan. Pegawai tersebut dan kakitangan teknikalnya tetap sedaya upaya mencari jalan memaksa saya datang membuat persembahan di sana tanpa menggunakan apa-apa alatan teknikal audio. Saya cuba juga memberi cadangan supaya menyewa 2 lagi mikrofon dari luar sebagai tambahan kepada 2 mikrofon yang boleh mereka sediakan. Sama ada saya cari mikrofon dan masukkan dalam sebutharga yang baru atau saya berikan no telefon beberapa pembekal sistem audio murah untuk mereka hubungi sendiri. Mula-mulanya alternatif ni seakan telah dipersetujui.

Tiba-tiba datang pula seorang lagi yang dikatakan "pakar" teknikal. Dengan kasarnya MEMAKSA saya menerima sahaja idea mereka (dengan cara arahan yang wajib saya patuhi). Saya cuba juga jelaskan bahawa memang kumpulan saya tak pernah buat persembahan tanpa sistem teknikal audio. Walau ditempat yang kecil sekali pun. Bagaimanapun cara kakitangan ini (mungkin bos teknikal) lebih kasar dan biadap. Kali ini saya rasa sudah tiba masanya saya kena jelaskan bahawa saya bukan bekerja di bawah kuasa mereka dan ada hak untuk tidak bersetuju dengan syarat mereka. Saya terus batalkan sahaja perbincangan tersebut dan terus beredar.

Bila saya lihat keadaan tersebut, beberapa perkara bermain di fikiran saya. Pertama mungkin pekerja di organisasi ini rasa diri terlalu angkuh dengan tempat mereka bekerja. Yang mana sesiapa sahaja adalah di bawah telunjuk mereka. Perlu mematuhi arahan mereka. Hingga terlupa bahawa dunia bukan berada di kawasan organisasi mereka sahaja. Dunia lebih luas. Kedua ada kemungkinan organisasi ini mungkin bermasalah. Laksana acara di saat akhir dan pekerja di bawahnya sentiasa dalam keadaan yang kelam kabut. Kemungkinan yang ketiga pula pegawai yang menguruskan acara ini kurang pengalaman. Terutama apabila mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

Sebenarnya masalah ini kecil sahaja. Dengan sedikit tambahan bajet untuk menyewa mikrofon yang ada kemungkinan tak sampai pun RM 100. Persembahan dapat berlangsung seperti yang dinginkan oleh Gabenor institusi ini. Saya dah cuba bertolak ansur sebaik mungkin. Namun tidak juga berjaya mencapai kata putus. Tidak ada masalah. Kami akan tetap teruskan perjuangan kami memartabatkan kesenian tradisional walau pun ada yang memandang rendah kepada kami. Kepada yang sentiasa memberi sokongan. Terima Kasih.


Ahad, 17 Ogos 2014

SESI PRA TONTON EKSKLUSIF PERSEMBAHAN UNTUK PERKAHWINAN FARAH DAN AMMAR

Semasa bulan ramadan yang lalu kumpulan kami mengadakan sesi pratonton secara eksklusif sebahagian lagu dan tarian yang akan dipersembahkan kepada keluarga pengantin iaitu Farah dan Ammar. Memang dah lama nak upload, tetapi hanya hari ini sahaja yang berkesempatan. bagaimana pun nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Pak Bakar (ayah/pengurus Jamilah) yang sudi tolong rakam dan editkan...

Perancangan majlis perkahwinan ini diuruskan sendiri oleh pengantin perempuan iaitu Cik Farah. Dalam beberapa sesi mesyuarat bersama keluarga beliau sebelum ini memang keluarga Cik Farah ni amat tinggi budi pekertinya dan saya berasa sangat seronok bekerja bersama mereka. Majlis ini juga dirancang dengan begitu teliti yang mana ayah cik Farah iaitu En Burhannudin menjadi penasihat kepada Farah. Sebagai bakal pengantin baru dan pengurus projek yang cemerlang... Tahniah Cik Farah ya ...saya perlu sebut kali ni...

Konsep muzik yang kami gunakan untuk perkahwinan Farah adalah muzik unplugged dan Ghazal. Tetapi menggunakan pemuzik yang sama. Kerana pemuzik kami boleh bermain dalam 2-3 alatan muzik tradisional dan moden. Untuk pengetahuan beberapa pemuzik ini pernah memenangi beberpa pingat emas di World Championship of Performing Arts di Hollywwod Los Angeles US pada 2008 yang lalu  waktu tu saya pun ada ikut mengiringi mereka bersama penyanyi Noryn Aziz dan Iqwal.

Dalam rakaman ini saya dan Jamilah menyanyi bersama.. walaupun nama ayah kami sama.. tapi kami bukan adik beradik.. hehehe (Jamilah Abu Bakar dan Bahizal Abu Bakar)

Ini videonya..


RAKAMAN SEMASA PERSEMBAHAN BAND 1MALAYSIA HARI RAYA SAPURA KENCANA DI MANADARIN ORIENTAL

Akhirnya saya peroleh rakaman video dengan rakaman bunyi yang agak baik semasa persembahan berlangsung. Terima Kasih Pak Bakar pengurus Jamilah Abu Bakar yang tolong rakam dan editkan.

Dalam persembahan kali ini agak banyak lagu yang kami mainkan. Terutamanya lagu hari raya, lagu tradisional melayu dan ada juga lagu Arab, Cina dan lain lain secara instrumental dan nyanyian oleh Jamilah Abu Bakar dan Roger. Kali ini pegawai dari Sapura Kencana iaitu En Nazim awal-awal lagi dah ingatkan supaya banyakkan lagu instrumental, tak mahu lagu English dan kurangkan juga lagu bahasa lain. Tiada masalah bagi kami. Senarai lagu yang boleh dimainkan bolehlah dikatakan beratus banyaknya. Skor lagu dalam simpanan saya pun ada lebih kurang 700 lagu dengan berbagai-bagai tajuk dan asal usulnya dari pop, tradisional, english, arab, hindi, tamil, Melayu, Cina, Perancis, jepun.. huh... tak larat nak tulis.. hehehe

Haa.. seperti dijanjikan pada posting blog lepas, kat bawah ni saya letak video persembahan kami semasa rumah terbuka hari raya Sapura Kencana di Mandarin Oriental pada 12 Ogos lepas. Saya beritahu awal-awal ya.. panjang senarainya di bawah.. boleh pilih lagu-lagunya...Semoga terhibur...